Notis Perlindungan Data Peribadi
|
Di XYCode Solutions (‘kami’), kami komited dalam melindungi maklumat peribadi dan privasi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 (PDPA).
Sila baca Polisi Privasi ini untuk memahami bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi yang kami perolehi daripada anda. Dengan memberikan maklumat peribadi anda kepada kami, anda dengan ini memberikan kebenaran dengan Polisi Privasi ini dan dengan pengumpulan, penggunaan, akses, pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat peribadi anda seperti yang tertakluk dalam Polisi Privasi ini.
|
|
1. Pengumpulan dan Sumber Data Peribadi
|
1.1 Kami boleh mengumpul dan mendapatkan data peribadi anda daripada pelbagai sumber tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
i.Secara terus daripada anda dengan apa juga cara permintaan
ii.Diperoleh daripada sumber yang telah diterbitkan atau melalui sumber lain yang sah
iii.Diperoleh daripada pihak ketiga
1.2 Bagi tujuan Notis Privasi ini, Data Peribadi bermaksud maklumat berkenaan anda, daripada anda dikenalpasti, termasuklah tetapi tidak terhad kepada nama anda, umur, telefon, telefon peribadi dan nombor faks, alamat email, alamat tempat tinggal dan/atau pejabat, number passport atau nombor kad pengenalan, jantina, Tarikh lahir, status perkahwinan, bangsa, warganegara, pekerjaan, maklumat anak-anak, gambar, dan suara atau sebarang bentuk audio dan/atau video, anggaran pendapatan, maklumat majikan terkini atau sebelum, maklumat bank, keutamaan atau kesukaan peribadi anda bagi membolehkan pihak kami menyesuaikan memberikan perkhidmatan kepada anda dan sebarang maklumat lain tentang anda untuk diberikan kepada kami dari masa ke semasa.
|
|
2. Tujuan Pengumpulan Data Peribadi
|
Data peribadi anda yang diberikan akan diproses oleh kami bagi tujuan berikut jika berkenaan:
i.Memberikan penjagaan kepada pelanggan dan meningkatkan kepuasan pengguna termasuklah tetapi tidak terhad kepada menyelesaikan aduan, berhubung dengan atau maklumbalas kepada sebarang permintaaan dan pertanyaan.
ii.Mempromosi, Mengiklan dan meningkatkan perkhidmatan kami.
iii.Sumber Manusia, tujuan pengambilan pekerjaan dan; termasuklah latihan bagi kakitangan.
iv.Simpanan dan memproses data peribadi berkaitan pengguna, pembekal etc didalam sistem simpanan data.
v.Tujuan perundangan (termasuklah tetapi tidak terhad kepada mendapatkan khidmat nasihat dan penyelesaian perbezaan pendapat.
vi. Mendedahkan data peribadi kepada agensi kerajaan dan/atau pihak ketiga yang dibenarkan didalam akta dan/atau dibawah tanggungjawab kami.
vii.Bagi tujuan yang munasabah dalam sebarang transaksi.
|
|
3. Pendedahan
|
Data peribadi anda boleh didedahkan oleh Syarikat kepada pihak yang berkaitan:
i.Agensi penguatkuasa undang-undang.
ii.Agensi Kerajaan.
iii.Syarikat dan/atau organisasi yang bertindak sebagai agen, kontraktor, pembekal perkhidmatan dan/atau penasihat berkelayakan.
iv.Syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami memproses dan/atau melengkapkan transaksi dan memberikan permintaan produk dan/atau perkhidmatan kepada anda.
v.Rakan perniagaan kami dan pihak lain yang berkaitan bagi tujuan mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda.
vi.Sebarang agensi kewangan, agen pengutip hutang yang dibenarkan dalam undang-undang tetapi tertakluk kepada yang dibenarkan kepada kami.
vii.Pihak lain yang mana anda telah berikan kebenaran secara tertulis atau tersirat.
|
|
4. Perlindungan Data
|
Kami akan menyimpan dan proses data anda secara selamat.
Kami berazam, yang mana praktikal, untuk melaksanakan pentadbiran yang bersesuaian dan melindungi keselamatan dan prosedur berdasarkan undang-undang dan peraturan yang berkaitan bagi mengelakkan data peribadi anda diproses tanpa kebenaran atau tidak sah serta data peribadi anda hilang atau musnah.
|
|
5. Simpanan
|
Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda berdasarkan pematuhan kepada Polisi ini dan/atau mengikut terma dan syarat perjanjian.
Kami juga akan menyimpan maklumat berkaitan jika perlu bagi melindungi kepentingan kami dan/atau pelanggan kami.
Oleh itu, kami berhak untuk menyimpan maklumat peribadi anda apabilan diperlukan oleh undang-undang dan/atau polisi kami yang berkaitan.
Kami juga akan mengambil langkah yang munasabah bagi memastikan semua data peribadi anda dimusnahkan secara tetap jika tidak lagi diperlukan bagi tujuan ianya diproses.
|
|
6. Kesan
|
Jika ditujunkkan (seperti contoh dalam borang pendaftaran/permohonan), adalah wajib bagi anda memberikan maklumat peribadi anda bagi membolehkan kami memproses permohonan anda bagi Projek dan/atau Perkhidmatan kami.
Jika anda menolak untuk memberikan maklumat peribadi anda, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda atau memberikan anda projek dan/atau perkhidmatan kami.
|
|
7. Kebenaran Pihak Ketiga
|
Dalam situasi yang mana kami mungkin memerlukan atau berurusan dengan pihak ketiga yang diberikan anda (seperti orang untuk dihubungi ketika kecemasan, rujukan, peguam, kontraktor, pegawai kewangan atau yang lain berkaitan).
Kami percaya anda telah mendapatkan kebenaran daripada pihak ketiga tersebut bagi membolehkan kami memproses data peribadi mereka.
|
|
8. Perubahan kepada Polisi Syarikat
|
Kami mungkin mengubah Polisi Peribadi ini dari masa ke semasa dan versi yang terbaru akan digunapakai dan mengambil tempat keatas versi yang terdahulu, termasuklah tetapi tidak terhad kepada versi yang telah diterbitkan atau risalah lain.
Sila semak laman web syarikat bagi mendapatkan versi yang terbaru.
|
|