Perkenalkan Sistem Pengurusan Masjid (SPM), platform dalam talian yang komprehensif untuk pengurusan masjid dan surau.
SPM adalah pusat sehenti yang dilengkapi dengan enam modul utama: Akaun, Aset, Papan Kebuletinan, Sewaan, Ahli Khariah, dan Maklum Balas.
• Modul Akaun: Pantau semua perbelanjaan dan koleksi dengan mudah. Muat naik gambar resit atau dokumen sebagai bukti pembelian dan manfaatkan ciri audit trail untuk ketelusan maksimum.
• Modul Aset: Kendalikan aset masjid dengan cekap. Muat naik pelbagai maklumat ke dalam sistem untuk pengurusan yang lebih baik.
• Papan Kebuletinan: Tempatkan berita terkini dan aktiviti masjid untuk makluman semua.
• Modul Sewaan: Uruskan sewaan ruang masjid dengan sistem yang teratur.
• Modul Maklum Balas: Terima maklum balas, cadangan, dan idea dari ahli untuk penambahbaikan berterusan.
• Modul Ahli Khariah: Dapatkan maklumat lengkap pangkalan data ahli masjid.
SPM membawa revolusi digital ke dalam pengurusan masjid, memudahkan urusan harian dan meningkatkan penglibatan komuniti. Sertai kami dalam transformasi ini.
Berita baik,
Pihak syarikat ingin menjadikan masjid/surau khariah tuan sebagai sebahagian daripada projek pilot/perintis kepada Sistem Pengurusan Masjid (SPM) MasjidKu KomunitiKu
Pihak syarikat akan memberi akses secara percuma untuk sepanjang tahun 2024.
Marilah sama² kita mendigitalkan, merevolusasikan, memantapkan dan meningkatkan tahap profesionalisme cara pengurusan masjid/surau kita.
|