Program Mengacau Bubur Lambuk

22/4/2024 JUMAAT

Masjid Alhidayahbayan Lepas melalui Biro Pemuda Qaryah Bayan Lepas dengan Kerjasama MPKK Bayan Lepas dan Nasi Briyani Dalca Khalish telah menganjurkan Program Mengacau Bubur Lambuk untuk di kongsi dan diagihkan kepada Komuniti setempat.

Program yang bermula pada Jumaat minggu kedua ini akan diteruskan sehingga Jumaat minggu ketiga dan keempat.

Program yang bermula dengan mengacau bubur lambuk di kedai Nasi Briyani Dalca Khalish, terus dibungkuskan dan diedarkan oleh barisan anak muda Qaryah serta MPKK yang diwakili oleh Saudara Afrizan kepada orang ramai yang mengunjungi Bazar Ramadhan Jalan Mahkamah.

Bagi anda yang ingin mendapatkan bubur lambuk sedappp boleh mendapatkan pada Jumaat yang akan datang di Bazar Jalan Mahkamah.

Pengerusi dan barisan AJK tertinggi Masjid mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Program dan bertungkus lumus mengimarahkan aktiviti kongsi rezeki di bulan penuh keberkatan ini.

Pengurusan Masjid - MASJID DEMO SYSTEM