Assalamualaikum WBT semua Umat Nabi Muhammad SAW...
Allahuma Salli Ala Saiyidina Muhammad..
Dengan rasa syukur & penuh kerendahan hati,pihak Masjid Al Wajdi Bukit Selambau, ingin mewar-warkan, insyaAllah pada :-
Tarikh : 26 Disember 2024
Hari : Khamis
Penceramah : Al-Fadhil Ustaz Mohamad Wadi Annuar Bin Ayub
Tajuk Kuliah Maghrib: "Mendepani Fitnah Akhir Zaman"
Akan ada tapak-tapak jualan sejumlah 30 tapak di sepanjang hari dari pagi sehingga tamat program di kawasan dataran masjid insyaAllah. Untuk menempah tapak 10x10, boleh menghubungi:
En Abdullah (Bendahari Masjid) 011-21406492
En Omar (Pengelola Tapak) 011-10721067
InsyaAllah akan ada jamuan selepas kuliah. Semua Muslimin Muslimat dijemput hadir memanafaatkan keberkatan taman syurga ini.
Pihak Masjid juga telah melancarkan program infaq/ sedekah bahan mentah untuk jamuan terutamanya ayam, beras & lain-lain, di mana para peninfaq boleh terus membuat tempahan di kedai-kedai ayam/runcit terpilih di sekitar Pekan Bukit Selambau. InsyaAllah akan diterangkan di hebahan seterusnya.